Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana sebelum bantuan selanjutnya disalurkan kepada mangsa terlibat.
Ketuanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai empat ahli biro itu bersama wartawan akan ke lokasi bencana selain membuat laporan susulan.
"Mereka akan membuat laporan terperinci mengenai keperluan bantuan di Aceh dan kumpulan bantuan akan berlepas ke Aceh apabila memperolehi maklumat bencana secara terperinci daripada kumpulan pertama.
"Apa yang dilakukan ini adalah sebagai tanda hubungan baik Malaysia Indonesia yang telah terjalin sekian lama.
"Semua bantuan Biro Kebajikan UMNO akan dibuat dengan nasihat Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
TONTON: Rakaman dron kemusnahan Aceh akibat gempa
TONTON: Operasi SAR dipergiat
Sehingga kini, angka korban susulan gempa bumi 6.4 magnitud yang melanda Aceh meningkat sekali ganda kepada 102 orang, kata jurucakap tentera dengan lebih ramai mangsa dibawa keluar dari kesan runtuhan.
Dianggarkan lebih 1,000 anggota tentera dan 900 anggota polis telah dikerah ke kawasan bencana bagi usaha menyelamat selain mendirikan khemah dan pusat pemindahan.
BACA: Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib
Dalam pada itu kata Shamsul, tempoh pasukan itu di Aceh bergantung kepada keadaan semasa.
"Kita akan tengok lokasi sesuai untuk penghantaran bantuan perubatan," ujarnya.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda di Pidie Jaya, Aceh awal pagi Rabu sekitar jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Astro Awani
Thu Dec 08 2016
SHAMSUL: Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana. - Gambar fail
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Serangan Israel di Rafah tidak boleh diterima - AS
Keputusan Israel untuk merampas, menyerang dan mengawal lintasan Rafah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini
Tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan terlibat dalam misi ini.
UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan
"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka."
Malaysia sedia berikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan rakyat Palestin
Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
PBB henti sementara bantuan kemanusiaan Gaza pada waktu malam
Ia untuk menilai isu keselamatan berikutan pembunuhan kakitangan badan amal makanan World Central Kitchen (WCK).
Misi Bantuan Kemanusiaan 100 Kontena Malaysia ke Gaza: UMNO sumbang RM1 juta
Ahmad Zahid berharap sumbangan itu dapat membantu rakyat Palestin terutama ketika sedang menempuh Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.